Thursday, August 11, 2011

Dah nak abis cuti bersalin dah...


Sedar tak sedar, dah nak abis dah cuti bersalin aku..malasnya nak masuk keje.. But until now, aku still BF baby aku lagi dan akan terus BF sampai umurnya 2 tahun nanti..


masa 2 minggu

21 hari-botakkan kepala

1 bulan - 3.9kg

2 bulan - 4.9kg




my kids




The New Family Member


Tanggal 23 Mei 2011, tarikh keramat buat aku dan hubby sebab masa ni la baby girl kami dilahirkan pada jam 11.47 malam. A few minutes to midnight..hehehehe. Walaupun awal seminggu dari tarikh jangkaan, namun semua persiapan telah dilaksanakan memandangkan pengalaman sebelum ni memang aku bersalin awal dari tarikh jangkaan.

Ni masa hari keesokkannya, sebelum keluar wad bersalin. Tak besar mana pun anak aku, just 3.1kg je. Nak dijadikan cerita, pagi 23/5 tu aku bawak anak yang no 2 pi klinik sebab demam. Lepas balik klinik, pi jalan-jalan kat giant. Pastu lepas asar, pi belanja barang dapur pulak. Alih-alih, masa maghrib tu rasa sakit-sakit dan malam tu jugak bersalin. Nak tergelak pun ada sebab tak jangka aka
n bersalin hari tu jugak.

Memandangkan tak terfikir pun nak dapat baby girl, so seminggu jugakla baru dapat nama baby. Akhirnya, dengan kata sepakat, nama pun diberi NURSYAKIRA AMANI (cahaya kesyukuran cita-citaku). Tp pada hari ke-6, kena masuk
wad balik sebab jaundisnya tinggi. Huwaaaaaaaa..sedih tengok anak kena masuk air, pastu baby kena pose 8 jam plak..

Ni la gambar masa kena kuning hari tu, masa ni bacaan kuningnya dah turun..dapat pakej percutian aku kat wad SCN di HTAA..3 hari 2 malam. Terima kasih yang tak terhingga untuk nurse2 di sana sebab ingatkan aku untuk susu anak aku setiap 2 jam sekali masa baby ni dok under doc supervision..

Setahun Berlalu...

Ishhhh...lamanya aku tak update blog aku..sibuk ber'fb' je.. Namun begitu, banyak perubahan berlaku dalam kehidupan aku...
1) anak dah bertambah..the lovely little girl
2) usia dah bertambah..end of 20's n coming soon..30's world
3) harta dah bertambah

Memandangkan masih ada lagi sisa-sisa cuti 90 hari aku, so aku ingat nak update serba-sedikit pasal blog aku nih. Tambahan plak skang tengah bulan pose..so ada sedikit la masa terluang tu...nak gak berceloteh skit (ada ke tah orang jenguk blog aku nih)

Monday, August 2, 2010

OGOS....

Ogos menjelma lagi. Anak aku yg kecik masuk 2 tahun. Tapi yang paling penting, ini adalah bulan Kemerdekaan...Merdeka..Merdeka..Merdeka..sudah 53 tahun negara kita merdeka. Tapi ini bukan bermakna rakyat Malaysia termasuk la diri kita sendiri sudah merdeka. Kita belum lagi merdeka sepenuhnya...so fikirkan mangapa aku berkata demikian.

Bulan Ramadhan pun akan muncul. Nak train anak aku berpuasa. Tahun lepas dapat skit je..satu hari...tp tahun ni aku kena pastikan dia pose lagi banyak. Lagipun dah besar...bila lagi nak latih pose...

Shopping baju raya? Beli untuk anak2 je sorang sepasang..tak yah beli banyak2 sbb atuk n nenek, babah n mak tok dah belikan masing2 sorang sepasang. Baju aku n hubby in progress...so persiapan untuk raya ala kadar je...takut membazir..beli apa yang patut je. Kalo rasa benda tu masih baru n boleh pakai lagi, tak yah tukar.

Kuih raya aku order je. Ingatkan nak wat sendiri, tp tak tau la sempat ke tak. Teringin gak nak makan kuih hasil tangan sendiri, sebab dulu2 biasa wat sendiri je. Sejak 2 or 3 tahun kebelakangan ni je beli...tp tak sama rasanya ngan yang buat sendiri. Anak2 pun lebih suka kuih yang mama dia buat berbanding dengan yang beli...

Monday, July 26, 2010

NEW LIFE..

Sedar tak sedar dah setahun aku dok kat Kuantan nih. So far ok la, mmg tak sama ngan tempat asal..tp inilah yg dikatakan sebagai pengalaman kan. Tak kenal maka tak cinta. Umur pun dah makin bertambah..tp anak still 2 lagi, dalam proses untuk menambah, maybe tahun depan, Insya-Allah.

Keje plak, mcm biasa kalo tak sibuk, bukan keje la namanya. Jd housewife pun bz gak. Dok goyang kaki kat umah pun, bz gak. Cuba kekadang tu pening kepala melayan orang-orang yang tak pernah sedar bahwa kita adalah hamba-Nya. Berlagak seolah-olah apa yg berlaku adalah dengan daya usaha dia sahaja. Mmg benar apa yg diperolehi atas daya uasahanya, ttp kalo tanpa izin-Nya, ia takkan berlaku. Kita dikurniakan akal untuk menilai baik buruknya sesuatu perkara.

Kita cuma manusia yang kerdil, hidup untuk mencari keredhaan-Nya. Kita tidak berkuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukum dosa dan pahala. Kerana dosa dan pahala adalah urusan Allah. Yang termaktub di dalam Al-Quran adalah muktamad, terang dan jelas, sesuai sepanjang zaman. Ingatlah...itulah kitab yang dijadikan panduan kita untuk mencari keredhaan-Nya.

SALAM SEJAHTERA....

Lama giler tak bukak blog nih..sampai bleh lupa username n psswrd...hehhehehehe..tp dah ingat balik dah setelah hampir sejam mencuba. Banyak yg perlu diupdate kan...

Takpe2..lepas ni aku akan cuba update blog sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ni dah lama sgt tinggal, hampir setahun jugak la..

Monday, June 8, 2009

PENATNYA...

Ikhsan dah makin membesar....8 bulan dah berjalan..so skang dia dah berlari la. Tu blum lagi sibuk nak memanjat..panjat katil..panjat kerusi.. Pastu siap jatuh lagi..dah pandai buat aksi pengsan bila dia penat main...ishh..lasak tul tak macam abang dia...abang dia tak lasak sangat.

Pastu pantang nampak kamera..asyik nak bergaya je. N then..dia suka rebut barang atau mainan yang abang dia main atau pegang. Pening aku..tapi selalunya aku biarkan dia main sendiri atau main dengan abang dia sebab secara automatik ini akan menjana minda dia untuk lebih kreatif.





Hmmm...aksi-aksi Ikhwan yang semakin membesar...dan semakin banyak ragamnya..dan cukup ngam ngan adiknya...