Friday, November 23, 2007

Pulau Redang..So Beautiful

Tanggal 28 Ogos 2007 hingga 30 Ogos 2007, aku pi Pulau Redang untuk salah satu program budak-budak kelas aku, Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (MBV), semester dua. Tak sabar nak pergi walaupun terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri. Tapi berbaloi sebab pemandangan kat sana, cantik sangat. Tak puas rasanya 'berfoya-foya' kat sana. Lautnya biru dan jernih serta bebas dari pencemaran. Udara pun segar sangat.

Ni gambar pemandangan di waktu pagi. Begitu mendamaikan suasana di waktu pagi. Nyaman dan segar. Tapi nak mandi pagi-pagi, sejuk gilerrr....terjun laut pun tak sejuk macam mandi air paip kat chalet tu...







Ni plak gambar bila matahari dah terbit. Nampak tak? Biru giler lautnye... pantai pun bersih..











Hahahahaha.....ni gambo aku posing sebelum naik bot. Naik bot nak pi sekolah kat Pulau Redang ni..ada buat program motivasi skit untuk budak darjah lima.












Ni plak pemandangan dari atas bukit kat Pulau Redang tu. Salah satu daripada aktiviti program tu ialah 'jungle trekking' @ mendaki bukit la. Penat memang penat...semput gak dibuatnya sebab aku dah lama tak terlibat ngan aktiviti lasak ni. Bila tengok indahnya ciptaan Allah, terus hilang penatnya.






Cuba lihat keajaiban ciptaan Allah ini. Ikan-ikan ni membentuk bulatan mengelilingi manusia-manusia itu. Masa aku snorkling, ikan-ikan nya jinak sangat, sampai aku boleh belai ikan-ikan tu ngan tangan aku...







Hmmm....sampai sini je la dapat aku ceritakan dulu pengalaman aku pi Pulau Redang. Walau apapun, memang seronok. Pengalaman yang diperolehi membuat aku sedar betapa kerdilnya aku di bumi Tuhan ini.

No comments: