Friday, November 23, 2007

Sup Cendawan Butang ala Itali (Italian Cream of Mushroom)

Bahan-Bahan:
½ ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris
½ biji ubi kentang, didadu
½ sudu besar lada hitam, ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air
Garam, secukup rasa 1/3 cawan krim atau susu sejat
Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan.

Cara:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tapi jangan sampai garing!
  2. Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.
  3. Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
  4. Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
  5. Masukkan semula sup ke dalam periuk. Tuang krim atau susu sejat, lada hitam dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.

Tambahan:

  • Penting bagi menggunakan cendawan butang putih yang segar, kerana yang dalam tin tu langsung tak sama rasanya.
  • Bila kisar sup, jangan sampai benar benar hancur & halus, sebab nanti rasa macam makan makanan bayi!

No comments: