Sunday, September 14, 2008

Muhammad Ikhsan

Tanggal 30Ogos 2008, tepat jam 12.11 tengah hari, aku selamat melahirkan permata hatiku yang kedua iaitu Muhammad Ikhsan dengan berat 3.01kg. Kesakitan selama hampir 3 jam yang kulalui tidak terasa apabila mendengar tangisannya. Penat lelah sepanjang mengandung hilang begitu sahaja apabila melihat wajahnya. Walaupun dilahirkan 2 minggu awal dari tarikh jangkaan, aku bersyukur segala-galanya selamat dan bayiku juga sihat. Inilah pengalaman yang paling berharga buatku...Syukur pada-Mu Ya Allah.....



Ketika baru keluar dari dewan bersalin

Close-up


1 comment:

[DnaZz] said...

Kak linda tahniah for ur new baby..comeinya diaaaa(^_*)