Sedar tak sedar dah setahun aku dok kat Kuantan nih. So far ok la, mmg tak sama ngan tempat asal..tp inilah yg dikatakan sebagai pengalaman kan. Tak kenal maka tak cinta. Umur pun dah makin bertambah..tp anak still 2 lagi, dalam proses untuk menambah, maybe tahun depan, Insya-Allah.
Keje plak, mcm biasa kalo tak sibuk, bukan keje la namanya. Jd housewife pun bz gak. Dok goyang kaki kat umah pun, bz gak. Cuba kekadang tu pening kepala melayan orang-orang yang tak pernah sedar bahwa kita adalah hamba-Nya. Berlagak seolah-olah apa yg berlaku adalah dengan daya usaha dia sahaja. Mmg benar apa yg diperolehi atas daya uasahanya, ttp kalo tanpa izin-Nya, ia takkan berlaku. Kita dikurniakan akal untuk menilai baik buruknya sesuatu perkara.
Kita cuma manusia yang kerdil, hidup untuk mencari keredhaan-Nya. Kita tidak berkuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukum dosa dan pahala. Kerana dosa dan pahala adalah urusan Allah. Yang termaktub di dalam Al-Quran adalah muktamad, terang dan jelas, sesuai sepanjang zaman. Ingatlah...itulah kitab yang dijadikan panduan kita untuk mencari keredhaan-Nya.
No comments:
Post a Comment