Monday, August 2, 2010

OGOS....

Ogos menjelma lagi. Anak aku yg kecik masuk 2 tahun. Tapi yang paling penting, ini adalah bulan Kemerdekaan...Merdeka..Merdeka..Merdeka..sudah 53 tahun negara kita merdeka. Tapi ini bukan bermakna rakyat Malaysia termasuk la diri kita sendiri sudah merdeka. Kita belum lagi merdeka sepenuhnya...so fikirkan mangapa aku berkata demikian.

Bulan Ramadhan pun akan muncul. Nak train anak aku berpuasa. Tahun lepas dapat skit je..satu hari...tp tahun ni aku kena pastikan dia pose lagi banyak. Lagipun dah besar...bila lagi nak latih pose...

Shopping baju raya? Beli untuk anak2 je sorang sepasang..tak yah beli banyak2 sbb atuk n nenek, babah n mak tok dah belikan masing2 sorang sepasang. Baju aku n hubby in progress...so persiapan untuk raya ala kadar je...takut membazir..beli apa yang patut je. Kalo rasa benda tu masih baru n boleh pakai lagi, tak yah tukar.

Kuih raya aku order je. Ingatkan nak wat sendiri, tp tak tau la sempat ke tak. Teringin gak nak makan kuih hasil tangan sendiri, sebab dulu2 biasa wat sendiri je. Sejak 2 or 3 tahun kebelakangan ni je beli...tp tak sama rasanya ngan yang buat sendiri. Anak2 pun lebih suka kuih yang mama dia buat berbanding dengan yang beli...

No comments: